Sunday, November 24, 2013

SELAMAT BERKHATAN ABANG!!!



Pejam celik pejam celik… dah berkhatan dah anak teruna aku sorang ni. Ternyata masa berlalu amat pantas sekali. Terlalu amat pantas sekali anak aku mencecah umur 9 tahun.  Teringat masa dulu-dulu betapa asyiknya dapat mendukung dia. Sekarang ni nak dukung memang dah tak mampu… Alamatnya sakit belakang la jawabnya!!.

Dia memang rapat dengan aku… Katanya aku ni kawannya.. Nak berkhatan ni amat mudah.. Aku tanya dia; terus dia setuju. Cuma malam sebelum berkhatan je dia tak boleh tidur.. Dan seminit sebelum masuk bilik doktor, dia baru cakap dia berasa takut.  Sebagai ayah, aku bagitau dia tiada apa yang perlu ditakutkan kerana abah sentiasa ada disisi. Seminggu sebelum tu; aku sentiasa ingatkan dia bahawa dalam Islam wajib berkhatan. Dan berkhatan ni lah yang membezakan budak dan orang dewasa.

Operation berkhatan ni kejap ja… aku agak tak sampai pun 10minit… Cuma ada komplikasi sikit, kalau tak maunya dalam 5 minit ja… Berbeza dengan zaman dulu pakai tok mudim. La ni pi klinik ja kasi clamp. Tambahan plak klinik ni plak doktornya rapat dengan family aku. So, benda mudah menjadi lebih mudah. Lagipun, sebelum operasi berjalan, doktor kasi bius dulu….

Apapun, Alhamdulillah semuanya selesai… Sekarang ni tunggu 5hari untuk buka semula clamp tu…

p/s: As for my son, abah wish you congrats. A new chapter of your life begins. May Allah protects and bless you as always. Amin.

No comments:

Post a Comment