Monday, September 28, 2015
VAPING:PENGALAMAN PEROKOK TEGAR
Sudah hampir 3 minggu aku meninggalkan rokok!!! Gara-gara para rakan di pejabat mengesyorkan agar aku mencuba 'vape'. Tak berani aku nak cakap yang 'vape' ni bagus tapi aku rasa sudah tiba masanya aku berhenti merokok. Setakat ni ok lagi dan pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ketiga. Bagi seorang perokok tegar macam aku nihhh, aku lihat perkara ni macam sesuatu yang positif la. Kenyataan ini mungkin boleh dipertikaikan namun ianya adalah kenyataan peribadi aku jaaa. When you stopped smoking and go for 'vape', surely it's a positive move. But if you are non-smoker but started to vape, well it is surely stupid move.. hahahahaha
Hari pertama dan juga minggu pertama agak sukar bro sebab minda serta nafsu akan meminta dan merayu menghisap rokok (especially lepas makan). It is surely a tough challenge to beat it. Tapi bila dah 2 ke 3 hari tu, okay laaa sebab minda dan mula accept hakikat yang aku nak tinggalkan rokok.
Kalau nak tanya dari segi kepuasan; mana nak sama rokok dengan vape!! Hisap rokok lagi puas la bro. Tapi fikir-fikir balik memang dah lama aku nak buang tabiat merokok ni. Jadi vape dijadikan altenatif laaa... Doa-doakanlah agar dapat dibuang plak tabiat vape nihhh.. Sebab ramai perokok tegar yang dah mulai 'vape' dan dapat berhenti daripada kedua-duanya.
Pengalaman aku la kan... bila dah quit smoking dan hanya 'vape' aje... Pertama, hilang sudah pening-pening dan sakit leher serta bahu aku. Kedua, you akan rasa fresh setiap pagi, Ketiga, kahak pagi berkurangan dan dada berasa lapang. Keempat, duit ada la jimat sikit sebab satu botol e-liquid yang berharga RM35 ke RM40 tu boleh tahan 5 ke 7 hari. Sekali lagi aku ingatkan; aku bukan doktor atau pakar kewangan... aku cuma bercakap berdasarkan pengalaman aku je.
Apapun, aku harapkan agar warga 'vape' ini beretika sikit la terutamanya bila 'vape' di kawasan umum. Al maklumlah vape ni mengeluarkan wap yang banyak yang mungkin mengakibatkan orang sekeliling kurang selesa (walaupun wangi baunya).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment