Monday, August 18, 2014

HAPPY EID MUBARAK 2014

Sempena masih kita berada di dalam bulan Syawal ini, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" dan dikesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin (samada saya atau ahli keluarga) terkasar bahasa atau menyakiti hati kalian. 


 Sambutan raya kali ni simple jer...  Persiapan raya kali ini tidaklah seboros tahun lepas. Tak banyak 'spend' kuih raya untuk keluarga tahun ini kerana tahun ini, 'cookies' buat sendiri. No wonder la ramai orang meniaga cookies kerana 'margin'nya yang agak lumayan. I tried helping my wife in baking cookies, it's a wonderful experience terutamanya bila tengok kuih tu 'bangkit' atau mengembang bila berada dalam oven..

Apapun, aku cuma membantu jer..hihihihi
Seperti tahun lalu, dan tahun-tahun sebelumnya, kesemua member yang aktif bermain muzik akan berkumpul jamming sekali. Bukan senang nak duduk sekali terutamanya ramai yang merantau keluar dari Taiping. Jadi, bila 'time' nak raya ni lah peluang kami nak berkumpul dan jamming sekali.

Bila berkumpul ni, teringat zaman-zaman dulu.. zaman studio 'Ah Chuan' Taiping. Ah Chuan pun dah lama RIP.  Dan teringat juga zaman Battle of the Band kat Parit Buntar. Al-maklumlah, kami semua membesar zaman rock 80an.. Perghhh truly missed  those moments.

Hopefully this event would be a yearly tradition. InsyaAllah.



Alhamdulillah, berbekalkan rezeki yang tak seberapa ni..I took my family to spent few hours in Penang. Biasa la, bawak budak-budak naik feri. Pergi naik jambatan, balik naik feri. Apalagi... sengih sampai telinga budak-budak aku.. Last sekali bawak derang naik feri lebih kurang 4 ke 5 tahun yang lepas.

Sempat juga la pekena nasi kandar Penang. Sebenarnya nasi kandar Penang lah yang benar-benar ori. Yang ada di KL tu.. sedap memang sedap tapi tidak se'ori' yang di Penang la...

The original plan, is to take the kids overnight at Hard Rock Hotel Penang. Entah macam mana,budget plak lari... takpelah, andaikata murah rezeki dan umur panjang, kita mai lagi. InsyaAllah.

Teringat zaman dulu-dulu, selalu gak datang ke Penang ni. Cuma sekarang ni banyak dah berubah, especially jalannya yang sudah bersimpang-siur...

And again, since we are still in the month of Syawal; humbly on behalf of my family... Ampun Maaf Zahir dan Batin. And may Allah bless us all.

No comments:

Post a Comment