Wednesday, May 28, 2014

'WISH' comes true!!!


Life is tough bro.. And it is not easy making money by working 9 to 5. And only God knows how hard we as a human being to work our ass off just to get the salary. Finally, I've made a choice to reward me and the family a toyota. Memang la nampak macam banyak duit tetapi hakikatnya; cuma Allah swt je yang tahu. Selagi, ada tulang empat kerat ni, selagi tu lah aku akan berusaha. Kalau nak harap duit 'cash' sedebak memamg sampai bila pun takkan termampu. Maka berhutanglah kita ni... 

DAN KISAHNYA PUN BERMULA....
Al-kisahnyanya begini; dah lama dah aku ngidam nak pakai kereta Jepun ni. Selama ni asyik pakai kereta Malaya je. Bukan nak kondem kereta buatan tempatan cuma kalau dah selalu dok makan rendang, sesekali nak juga makan 'sushi'. Sepanjang tempoh hayat aku ni, aku dah pakai Proton Wira, Proton Waja dan akhir sekali Perodua 'Myvi'..

'ZERO MONEY' IN MY POCKET
Duit 'cash' pun bukannya aku ada pun dalam poket... dalam bank pun ada ciput ja. Yang ada cuma kereta sebijik untuk tujuan 'trade-in'. Tanya nilai kereta waja tahun 2005 aku... nilainya cuma RM10,000 jer(kedai used car punya price).. Hutang bank masih ada dalam RM6,000.00. RM10,000  tolak RM4,000 maknanya aku cuma ada modal RM4,000.00 jer.... 

THE SURVEY
Berbalik pada kereta 'idaman' aku plak.... Aku memang dah lama dok 'survey' TW sejak 2 tahun lepas.. Dari satu kedai ke satu kedai 'recond' aku singgah. Untuk toyota TW 'full-spec' tahun 2010, paling rendah pun bleh dapat RM128,000 ke RM135,000. Mak aii punya la mahai....Itu belum harga di Naza World.. Kalau nak amik yg bukan full spec, harga memang murah dalam RM116,000. Hasrat hati memang nak yang 'full spec'... baru la 'stylo' sket..... Ekoran harga yang tinggi, maka terpaksalah aku tukar strategi aku.... Maka aku pun target nak sambar apabila dekat dengan hari perayaan sebab selalunya waktu-waktu perayaan ada promosi.

HATI SUDAH BERKENAN & KASI 'BOOK'LAH
Al-kisah suatu hari bulan April yang lalu, aku singgah kat sebuah kedai kereta-kereta import di Jalan Tun Razak. Kebetulan plak, ada promosi. Adalah sebijik TW full-spec yang aku berkenan, harganya mak aiiii.... RM145,000.00... Potong stim betoi.. Elok ja aku nak angkat kaki, salesman yang berbangsa Cina tu cakap, "abang bayar booking hari ni....aku kasi harga RM120,000.00!!"..... Ini sudah baik!! Original rim toyota...leather seat..siap ada 'paddle shift' lagi.... Apalagi, terus keluar RM500.00 dulu (walaupun perit)bayar booking dan lock price TW warna hitam RM120,000.00. Hati sudah berkenan, gamble je lah...

THE LOAN
Pendek citer... Kereta sudah 'booking'... modal ada RM4,000.00(proton waja) tadi... So, sekarang kena cari loan dengan 'interest' yang rendah.. Pada masa yang sama, 3 ke 4 bank sudah call meng'offer'kan diri. Di sini, kita kena ambil peluang la.... kita 'nego' dgn bank kita nak RM116,000.00 dan 'certain-certain' interest rate...

Bukan mudah gak, gaji aku bukan ja banyak mana pun... ciput pun... Ada bank yang call cakap gaji aku tak cukup la apa la.. Cuma ada satu bank yang cerdik dan sanggup bantu... dia up 'loan' aku sampai RM150,000.00 dan yang approve mmg cukup-cukup RM116,000.00. Interest plak memang 'ngam ho'.... Apalagi.. maka ter'makbul'lah cita-cita dan harapan...kuikuikui...

KESIMPULANNYA
Kesimpulannya; RM4,000.00(duit waja)+RM116,000.00(loan approved)=RM120,000.00... belum campur RM500.00 duit booking yang dapat balik. Maka, boleh lah aku pakai TW tanpa keluar duit...hahahahahah... Alhamdulillah.


Wednesday, May 14, 2014

What the 'fish' in SEMENTA, Klang...

'Company' telah menganjurkan pertandingan memancing pada cuti umum Hari Wesak baru-baru ni.... Kali ni derang 'organise' kat kolam baru di Sementa, Klang.

Biasa la... kalau kolam baru memang aku 'majal' sket sebab tak dapat dia punya 'tuning' lagi.. Belum ada 'chemistry'. Macam 'posting-posting' aku yang lepas la, mancing ni bukan kerana ikan tu tapi lebih untuk merehatkan minda (ayat 'cover-line').

Dah nama pun pertandingan anjuran 'company'; So, aku tengok benda ni sebagai peluang merapatkan silaturahim sesama 'staff'.. Biasa la, kekadang bila di ofis tu ada yang 'tension' sesama 'colleagues'. Jadi, bila ada aktiviti macam ni, 'At least', yang tegang dapat dikendurkan.

Sekadar informasi, ini adalah kali kedua, 'company' menganjurkan aktiviri memancing. Harap2 tahun depan ada lagi. Cheers!!!!

Monday, May 5, 2014

End of First Quarter 2014

We've just closed out our first quarter performances review and it seems that my department has achieved flying colors. With 97.53%, I guess it was a great achievement.

The question is; can I sustain the same momentum for the second quarter? Only God knows but I truly believe that with 100% of concentration and focus, I might hit the same momentum.

I'm a believer of hard work and hard work does pay off. No doubt, there will be some stress to add up in the ingredients.

But who knows........... InsyaAllah, with good team work and high focus in achieving the objectives; things will turn out to be great.