Setiap kali raya, inilah antara 'event' yang wajib aku turut serta dimana kesemua para pemuzik yang dibesarkan di Taiping akan turun turut serta. Dalam ertikata lain, masing-masing turun tunjuk skill la...
Alhamdulillah, tahun ni tak salah aku dah 3 tahun berturut-turut kita orang organise 'event' ni.
Most of them are my long time friends. Dan ada gak yang bermain dengan kombo RTM turut join sekali. Dan kali ni berbeza sikit daripada tahun-tahun sebelumnya dimana kali ni ada pemain keyboard yang asalnya junior aku masa zaman sekolah St.George dulu. Di tambah plak drummer "BRAIN DEAD' pun join sekaki. Sebut BRAIN DEAD ni...dia punya double pedal jangan cakap la..memang padu..memang mantap...memang makanan dia.
Listing lagu-lagu memang rojak; daripada lagu yang biasa dimainkan di Pub hinggalah lagu Heavy Metal...memang semuanya dimainkan. Memang takde perancangan punya untuk lagu...main pakai belasah. Tapi memandangkan semuanya pro-pro belaka... semuanya menjadik.
InsyaAllah...sekiranya umur panjang dan sihat tubuh badan, kita ketemu lagi untuk MUZIKARAYA 2014.